Sunday, October 3, 2010

IJAZAH


Pengijazahan yang merupakan satu tradisi tamatnya pengajian dalam satu-satu bidang ilmu sentiasa menjadi kenangan manis dan nostalgia kepada penuntut ilmu. Dalam istiadat atau majlis itu sang guru memperkenankan kepada muridnya untuk menerima ilmu dan menyebarkan ilmu. Sebenarnnya ia semacam satu perjanjian antara guru dengan murid. Perjanjian bahawa guru menghalalkan ilmunya dan murid menerima ilmu gurunya dan menyebarkannya. Jika dalam masyarakat Melayu yang penuh dengan resam beradat dalam perguruan tidak kira apa saja disiplin ilmu majlis pengijazahan merupakan satu kemestian. Contohnya sebaik tamatnya persilatan murid akan memberikan hadiah kepada gurunya dan gurunya mengucapkan kata-kata yang mengakui bahawa murid itu adalah muridnya yang telah tamat pengajian. Sehubungan itu, seperti ada satu ikatan yang kuat antara murid dan guru sehingga seolah-olah ada rahsia antara guru dengan murid. Ada yang berpendapat hubungan itu merupakan hubungan yang erat sama ada di dunia dan akhirat.
Pengijazahan di Universiti yang kini dipanggil konvokesyen merupakan tanda tamatnya pengajian seseorang itu. Ada yang berpendapat acara yang dijalankan itu membuang masa, dengan pakaian jubah dan terpaksa menunggu lama untuk menghabiskan sesi konvokesyen. Ada yang mengatakan ia merupakan tradisi dari Barat. Bagi menjawab persoalan itu, seorang yang mendapat pendidikan tinggi di Timur Tengah memberikan pendapat bahawa tradisi ini sebenarnya adalah dari Tamadun Kerajaan Islam Andalusia 1570 m. Ketika itu upacara pengijazahan dilakukan dengan memakai jubah dan berserban dengan ekor serban diletak di sebelah kanan. Pendapat itu pada saya sangat benar.
Bagaimanapun, apabila Andalusia jatuh ke tangan Kristian, orang-orang kristian telah mengambil tradisi pengijazahan dan diasimilasikan dengan cara mereka. Pakaian jubah telah diserap sebagai budaya mereka. Serban ditukar dengan bonnet dan mortar board. Ekor serban yang jatuh di sebelah kanan diubah dengan tali dan diletak di sebelah kiri bonnet atau mortar board. Jubah dikekalkan cuma reka bentuknya disingkatkan sedikit tidak seperti jubah orang arab yang panjang dan labuh.
Justeru, untuk mengatakan pengijazahan, pakaian dan majlis konvokesyen adalah dari Barat adalah tidak benar kerana tradisi ini bermula dari orang-orang Islam Andalusia.


No comments:

Post a Comment